Followers

Thursday, December 16, 2010

Breastfeeding (BF)

Salam 1 bumi... sapa yang berminat dgn 'breastfeeding' (BF) sahaja boleh baca entry ni. Wah!! tetiba plk aku cerita pasal 'breastfeeding' ni walhal aku hanya susukan anak aku hanya sampai 3 bln jek tu pun bulan terakhir hanya guna 'pum' jek.
 "Maafkan ummie sayang... ummie rasa bersalah sangat hanya dapat menyusukan kamu hanya 3 bulan sahaja... ummie tewas & kurang kesabaran untuk terus berjuang menyusukanmu sayang. Semangat ummie  tinggi mengunung tapi ummie tiada kekuatan untuk membantu diri ummie menyusukanmu sehingga berjaya. Ummie cemburu bila dapat tahu sahabat handai berjaya menyusukan anak mereka sedangkan ummie tidak.. rasa mcm nk je cari ibu susuan tp dimana? huh! so sad. Myb ummie masih cetek ilmu ketika itu, ummie mudah putus asa bila menyusukanmu di awal kelahiran selama 3 jam kamu masih belum kenyang & akan menangis bila ummie pisahkan kamu dari susuan ummie. Ummie terpaksa campur susu tepung untuk kamu minum sehingga kenyang & terus tidur dengan lenanya. Setelah kamu merasa puting botol kamu sudah tidak mahu lagi terus dgn susu ummie... ummie rasa amat tertekan lalu ummie menangis di luar kawalan sehingga mengeletar seluruh tubuh ummie nasib baik ummie x sampai ke tahap 'meroyan'. Setelah itu, ummie ambil inisiatif 'pum' susu ummie 1oz untuk 1 jam.. bayangkan ummie terpaksa bekerja keras demi mendapatkan 2oz untuk 2 jam. Ketika itu kamu masik kecil setiap 2 jam kamu akan terjaga dari lenamu untuk menyusu. Begitulah rutin ummi jika ummie x pam susu, ummie x akan sempat beri susu ummie sebanyak 2oz bila kamu terjaga sayang. Kadang kala ummie campur juga dgn susu tepung krn ummie perlu makan, mandi, berurut & sebagainya. Akibat dudk terlalu lama mengepam, ummie jadi sakit pinggang berminggu2 tp ummie abaikan kerana ummie nk pastikan kamu mendapat susu dari ummie. Tapi kesabarang ummie agak kurang sayang... maafkan ummie anakku.. ummie x sabar mengepam berjam2 setelah 2 oz terus bagi kamu minum susu lepas tu pam kembali selama 2jam & begitulah seterusnya... semakin lama ummie menjadi tertekan yang amat bukan sebab terpaksa bagi kamu minum susu ummie tp ummie sedih sangat kerana susu ummie belum cukup byk & x dapat memberi kamu susu ummie sepenuhnya. Apepun sayangku, ummie berharap sangat & berdoa semoga Allah swt memelihara kamu agar kamu membesar dengan sempurna & sihat. Alhamdulillah sehingga kini kamu sihat di samping ummie & ayah tercinta. Insyaallah selagi kami bernyawa kami akan pelihara kamu dengan sebaik mungkin sayang".
Tetiba aku mcm jadi sedih seketika mcm nk nangis jek. Huh! jgn wat pasai ummie oiiii dah la pakai celak tebai ari ni siap ada blim-blim lagi kang x pasai-pasai mata aku jd mcm niang rapik.Aku berniat jika aku ngadung kali ke 2 aku akan bagi BF sepenuhnya insyaallah itu janji aku. Aku minta sgt agar Allah permudahkan kesulitan aku. Aku sanggup ambil cuti tanpa gaji untuk BF sepenuhnya & mahu membesar anak aku dengan tangan aku sendiri insyaallah ambil cuti tanpa gaji 1 @ 2 tahun ke kan. Sekarang aku masih lagi terus mencari ape2 info mengenai BF. nak save budget cari jek dlm internet x yah beli2 buku segala buat semak umh aku je yang sekangkang kera itu.


Ha! Aku ada jumpe satu info untuk memperbanyakkan susu. Mmg dulu org kata makan itu ini untuk perbanyakkan susu semuanya aku ikut tp hampeh susu aku x banyak jugak. Fenugreek ape tu??? penah dgr x?? aku pun x penah dgr. Fenugreek bertindak merangsang peluh. Begitulah mekanisme fenugreek dalam merangsang susu iaitu melalui kelenjar susu yang spt kelenjar peluh. Insyaallah aku akan mencubanya kalo u all nk tau lebih mengenai Fenugreek u all boleh la melayari http://mumshoppe.blogspot.com/search/label/Feenugreek Kita hanya ikhtiar, Hanya Allah sahaja yang menentukannya oleh itu kena perbanyakkan doa kepadaNya Insyaallah.

Web kepada kaum ibu/bapa/bakal ibu/bakal bapa:
(Semoga Web ini dapat membantu anda semua & peroleh info yang bermanfaat)

1) http://mumshoppe.blogspot.com/
2) http://susuibu.com/modules/news/
3) http://duniasusuibu.com/
4) http://susu-terbaik.blogspot.com/
5) http://mamalink.com.my/
6) http://hilyah.com/

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (surah Luqman: 14).

Sekian......

No comments:

get this widget here

Adik Emron

Lilypie Breastfeeding tickers

Ezqel

Lilypie Fourth Birthday tickers

Emron

Lilypie Second Birthday tickers