Followers

Wednesday, December 29, 2010

Rakan kongsi...

Shopping online baju MUSLIMAH??? oh tidak!!! aku sudah insaf ok!! wahai mamu Google & apek Yahoo tlg jangan buat aku meleleh air liur... aku x mo tgk dah web2 blog2 & ape ke jadah seangkatan dgnnye... STOPPP!!! aku nk simpan duit niiiii!!!! (itu kata hati tp kata jantung aku lain cerita plk).... sblm ni aku mmg bermaharajalela besama rakan kongsi aku yang telah diiktiraf sbg akauntan tidak bergaji.. ni namanya akauntan sukarelawati kan kan kan.... sudah berpuluh pasang kami import pakaian dari negara seberang... sampai pakcik ngan makcik bank rakyat dah kenai dah muka kami cuma nenek ngan tokwan je x dak lagi kalo ada mereka pun turut serta. Aku telah melakukan aktiviti hasut menghasut cucuk mencucuk mcm kejam je aku ni nk suruh depa perabih duit jugak yeeeehaaaaa!!! lalalalal!!!!

tadaaaaaaa!!!! inilah rakan kongsi aku!! namanya seperti tertera di atas ok... aku malas nk menaip sayang betoi ngan lemak2 di jariku ini... awat aku tgk seperti kakak ngan adik niiii! ok find!!! aku dlm proses nk kurus k!!

Sepanjang kami melakukan aktiviti jual beli online dari negara seberang byk kenangan manis pahit yg kami tempuhi kan kan Sha kan.... kenangan yg x blh aku lupa ketika barang kami kena tahan ngan kastam di bagan... dah la tu kena tunggu stgh jam plk tu yg paling bes time tu aku pakai baju yg agak glamour gitew sementara nk perabihkan stgh jam kami p makan kat gerai tepi jln tu... rasa mcm artis masuk kg plk... hahaha khaktuuiiiiii..... sengih2 ibu kambing aku jadinya bila dipandang org (padahal syok sendiri). Mcm2 lagi lah kan kan Sha kan... pengalaman berharga tuuuu... Ok bln Jun tahun depan aku akan terus shopping mega di sana... t u all blh beli kat aku k.


Model2 sendirian berhad seperti di atas ini alah antara jubah yang kami beli cantik kan kan kan... sasaran utama kami adalah Jubah tp di indonesia kate Gamis ape2 lah janji aku paham.... baju di sana lawa beb! tapi yang x tahannye penghantaranye mahal sawan..... !! sayang plk duit tp dah beribu dah selamat di transfer. Di sini x cantik baju2 muslimah kalo ada pun x sempat aku nk sapu huh!

Ni adalah antara web/blog yang sering aku kunjung:
http://lowpricebranded-shop.blogspot.com/
http://koleksibunda.blogspot.com/
http://www.tuneeca.com/shop/category/29/Workaholic+Chic.html
http://rumahmadani.com/bajuanak/
http://www.sikclothing43.blogspot.com/

Ape2 pun pesanan untuk diri sendiri "Shopping berpada-pada ye Pn. Eqen.... jangan boros sangat"...
Okkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!! nasib baik lah aku dapat suami yang sungguh berjimat cermat boleh balance blk akaun yeeeeeaaahhh!!!!

Friday, December 24, 2010

KENAPA ORG YAHUDI BIJAK?????

Aku sungguh tertarik menarik artikel ini mmg gempaq!!!  aku mmg tertarik sungguh membaca artikel ini banyak ilmu dapat kita kongsi bersama, aku ni yg teramat malas membaca artikel yg berjela2 kilometer per jam akhirnya dapat aku habis baca dgn jayanya yes! yes! yes!. KENAPA ORANG YAHUDI BIJAK??? sama2 la kita membaca & terus berfikir.... aku pun nk BIJAK jugaaaaaa!!!! adakah dah terlambat??? huhuhu.... rasanya tidak, selagi ada usaha jagan malas ye PUAN EQEN.. lalalalala....
 

Jika kita benar-benar menghayati kandungan al-Quran, kita akan perasan, ada kebenarannya tentang pemakanan yang diamalkan oleh orang-orang Yahudi dan juga pesanan Lukmanul Hakim... Alunan muzik digantikan dengan bacaan surah-surah pilihan dalam Al-Quran. Boleh rujuk entry Wasiat LUQMAN AL-HAKIM, Pembentukan zuriat & sesudah kelahiran dan Asid lemak perlu merangsang minda.

Memang patut benar kita ambil iktibar daripada cerita ini...


Sunday, January 25, 2009
oleh Dr. Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh ikhtiar manusia itu sendiri? Adakah 'kebijakan' boleh dijana, seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk PHD saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "Iya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak." Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang 'cacat' otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (cod oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik hanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin?

Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berkhasiat yang baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsetrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

erokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak-tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7!!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$0.70cts!!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali! Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin, dan tidak mustahil TETAPI ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai "Mengapa saya gemarkan tomato"!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Thursday, December 23, 2010

"Aku"

Aku sekuntum BUNGA



Aku adalah sekuntum BUNGA...
bukan bunga taik ayam @ bunga cinta lestari!! tapi bunga melur yang kembang mekar mengaharum di rumah no 18-1-6. huh! memag kembang pun terutama 'bumper' & pipi aku ni yg dah mcm apam kukus. Ah! abaikan bende itu aku nk story yg indah2 aje ni.... Aku termenung jauh merindui 2 kumbang ku itu, dimanakkah mereka kini (padahal laki dok sebelah jek bw keta). Termenung jauh sambil menikmati pemandangan air longkang yang besar sebelah Carefour itew. Apakah niat aku mengambil gambar sebegini??? imej baru?? yaaaaa itulah sebenarnya niat di hati yeeehaaa.... sebenarnya aku nk tayang bunga di kepala ni jaaaa teringin tegk org pakai aku pun nk pakai gak nk nampak chantek mcm mereka lalalalala.... tp sblm tu kena bermadah berhelah dulu k baru ada "i feel good tra na na na na na"..........

Monday, December 20, 2010

Rumahku ~ 80% siap

Bila rumah dah dekat nk siap pening lain plk yg datang... nak tambah itu ini. Ganti itu ini. Nk tema kalor apa. Design mcm mana. Budget lagi. Arrghh!!!
Kalo ikutkan hati aku yg perasan banyak duit ni kan ingat nk jual semua perabut setahun jagung yang ada d rumah sekarang ni kpd sesapa yg berminat SALE RUNTUH beb! then bila pindah t aku nk beli semua perabut yg baru kellasss gitu... sbb perabut sekarang ni caca merba rasa mcm lari jek konsep. Erkk!! tapi aku nk wat consep ape ek... aku berkenan  warna putih + dark coklat @ cream + dark  coklat emmmmn putih + merah pun kenan... tapi semua tu duit maaa nk buat grill lagi kabinet dapur lagi owning lg pecah dapur nk tambah kasi luas lagi plaster silling lg bla bla bla... huh! pikir2 blk aku transfer je lah perabut yg ada skrg d umh aku ni ke sana... pakai yg ada dulu sambil menyimpan duit... ngeh ngeh ngeh... lagi pun anak masih kacik & insyaallah akan menjadi anak-anak plk kan sure la x blh nk wat elok2 lagi kang ada yg pecah ada yang nk koyak rabak & ada yg nk kena conteng sana sini... untuk selamatkan keadaan aku pakai je apa yg ada dulu kan. kalo ruang tamu kosong lagi bagus leh Aqeel main bola sepak ngan ayahnye kan kan...

Rumah kami...



Hall

bahagian dapur kering & basah, toilet & 2 bilik


Master badroom

Master badroom

Master badroom

Haaaa!!! ini no rumah kami... tapi nama jalan x tau lagi..

bakal rumah jiran2 ku

Tiang lampu sebelah kiri tu betul2 depan rumah baru terang sikit mlm2. Sini jalan mati so jalan x sibuk. Depan rumah nanti akan didirikan surau, tadika & taman permainan.



                           MULAII HARI INI & SAAT INI AKU START BERJIMAT CERMAT K!!!...
tiada lagi baju2 indon tapiiii taun depan aku nk shopping ke Singapore + bandung ok ngheee....

haiwanku mati

Aku bela binatang??? wah! mcm x caye plk. Aku ni scpicess geli pada binatang... eeeeee..tp semut & nyamok aku x geli. yg aku x geli... cicak & ular. Jgn sesapa memandai lempar kat aku binatang tersebut termasuk kucing k jgn kata aku x bagi amaran huh! aku leh jadi sawan khirzir tau huwaaaaaaaaa geli geli geli..... apa yg aku nk cite kat sini my boy telah menamatkan riwayah binatang peliharaan aku tapi secara tidak sengaja.... aku ada bela ketam, udang & kura setiap hari binatang ini sentiasa tergedik2 di depan komputer aku membuatkan aku terhibur setiap hari....

-


-


-


-


-


-


-

-
C chumelkan binatang2 ini

nasib baik udang masih elok.leh teman aku hari2 di opis...
huhuhuhu.....

Muka jlouse kepada haiwan2 tersebut so dia berjaya musnah 2/3 daripada haiwan itew.

Wallet ku diselongkar

Kini wallet ku ada penyelongkar & boleh di katakan sportcek yang setia.. entah apa yg nk d tgknye... duit x mo pun tp saje sronok2 nak mengeluarkan semua kad2 & fulus yg x seberapa itew....


Untuk menyelamatkan fulus ku dari tekoyak & kehilangan card yang x berapa nk fungsi tu aku cepat2 menyelitnya kembali & simpan d tmpt yg selamat selang beberapa saat siap la ummie nye kena jeritan dari tuan kecik berbaju oyen itew....

Friday, December 17, 2010

Aku jadi MODEL

Jangan dengki kengkawan.... aku sebenarnya dah jadi model muslimah (tgk tu ada yg dah jebik mulut). Aku pun x sangka sebenarnya gambar aku telah terpangpang di majalah luar negara. saja seronok2 mencuba... ye la kan body pun x dak mantap dah mcm dulu pingang dulu 26cm je sekarang dah tut* hohoho mana mungkin aku hebahkan di sini t keaiban aku terserlah k... Sungguh terharu aku ada org offer aku jadi model pakaian mereka.. Aper???? x percaye???? SAPA SURUH HANG PERCAYA?? AKU X SURUH PUN??? hahahaha kan dah kena amboi pekat betoi loghat utaqa naaa.... ok ok aku x mo buang masa u all nk tgk gambar aku jadi model baju muslimah... BUKTIKAN!!! nape ni.... x layak ka aku jadi model (mmg x layak pun). Yela yelaaaa tgk la gambar aku kat bawah ni.....



-

-

-


-

-

-

-

-

-

-
mane???

-

-


-

-

-

-

-

-

-

-

-

sat sat aku tgh cari niiiiiiiiiiiii

-


-

-


-

-


-

-

-

-


-

-
TAAAADAAAAAAAAAA!!!!!!

C kan aku dah kata
alaaaa bagi la peluang aku nk merasa....
gambar  tempek pun jadi laaaa
huwaaaa wawawaawa...........
lalalalalalalalala~~~~



Sebenarnya aku nk ucap thanks kepada sahabatku Sha yang sanggup jual baju ni kat aku... seb baik aku x beli lagi. Lawa gile beb! aku mmg dah berkenan lama dah baju ni. Made in Indonesia k.. dalam sebulan dua ni kami berdua mmg hantu shooping online dari Indon... dah seribu lebih aku berjaya leburkan my fulusss... Opppttsss... harap ayah aqeel x baca ye blog ini ngheeee...


Thursday, December 16, 2010

Breastfeeding (BF)

Salam 1 bumi... sapa yang berminat dgn 'breastfeeding' (BF) sahaja boleh baca entry ni. Wah!! tetiba plk aku cerita pasal 'breastfeeding' ni walhal aku hanya susukan anak aku hanya sampai 3 bln jek tu pun bulan terakhir hanya guna 'pum' jek.
 "Maafkan ummie sayang... ummie rasa bersalah sangat hanya dapat menyusukan kamu hanya 3 bulan sahaja... ummie tewas & kurang kesabaran untuk terus berjuang menyusukanmu sayang. Semangat ummie  tinggi mengunung tapi ummie tiada kekuatan untuk membantu diri ummie menyusukanmu sehingga berjaya. Ummie cemburu bila dapat tahu sahabat handai berjaya menyusukan anak mereka sedangkan ummie tidak.. rasa mcm nk je cari ibu susuan tp dimana? huh! so sad. Myb ummie masih cetek ilmu ketika itu, ummie mudah putus asa bila menyusukanmu di awal kelahiran selama 3 jam kamu masih belum kenyang & akan menangis bila ummie pisahkan kamu dari susuan ummie. Ummie terpaksa campur susu tepung untuk kamu minum sehingga kenyang & terus tidur dengan lenanya. Setelah kamu merasa puting botol kamu sudah tidak mahu lagi terus dgn susu ummie... ummie rasa amat tertekan lalu ummie menangis di luar kawalan sehingga mengeletar seluruh tubuh ummie nasib baik ummie x sampai ke tahap 'meroyan'. Setelah itu, ummie ambil inisiatif 'pum' susu ummie 1oz untuk 1 jam.. bayangkan ummie terpaksa bekerja keras demi mendapatkan 2oz untuk 2 jam. Ketika itu kamu masik kecil setiap 2 jam kamu akan terjaga dari lenamu untuk menyusu. Begitulah rutin ummi jika ummie x pam susu, ummie x akan sempat beri susu ummie sebanyak 2oz bila kamu terjaga sayang. Kadang kala ummie campur juga dgn susu tepung krn ummie perlu makan, mandi, berurut & sebagainya. Akibat dudk terlalu lama mengepam, ummie jadi sakit pinggang berminggu2 tp ummie abaikan kerana ummie nk pastikan kamu mendapat susu dari ummie. Tapi kesabarang ummie agak kurang sayang... maafkan ummie anakku.. ummie x sabar mengepam berjam2 setelah 2 oz terus bagi kamu minum susu lepas tu pam kembali selama 2jam & begitulah seterusnya... semakin lama ummie menjadi tertekan yang amat bukan sebab terpaksa bagi kamu minum susu ummie tp ummie sedih sangat kerana susu ummie belum cukup byk & x dapat memberi kamu susu ummie sepenuhnya. Apepun sayangku, ummie berharap sangat & berdoa semoga Allah swt memelihara kamu agar kamu membesar dengan sempurna & sihat. Alhamdulillah sehingga kini kamu sihat di samping ummie & ayah tercinta. Insyaallah selagi kami bernyawa kami akan pelihara kamu dengan sebaik mungkin sayang".
Tetiba aku mcm jadi sedih seketika mcm nk nangis jek. Huh! jgn wat pasai ummie oiiii dah la pakai celak tebai ari ni siap ada blim-blim lagi kang x pasai-pasai mata aku jd mcm niang rapik.Aku berniat jika aku ngadung kali ke 2 aku akan bagi BF sepenuhnya insyaallah itu janji aku. Aku minta sgt agar Allah permudahkan kesulitan aku. Aku sanggup ambil cuti tanpa gaji untuk BF sepenuhnya & mahu membesar anak aku dengan tangan aku sendiri insyaallah ambil cuti tanpa gaji 1 @ 2 tahun ke kan. Sekarang aku masih lagi terus mencari ape2 info mengenai BF. nak save budget cari jek dlm internet x yah beli2 buku segala buat semak umh aku je yang sekangkang kera itu.


Ha! Aku ada jumpe satu info untuk memperbanyakkan susu. Mmg dulu org kata makan itu ini untuk perbanyakkan susu semuanya aku ikut tp hampeh susu aku x banyak jugak. Fenugreek ape tu??? penah dgr x?? aku pun x penah dgr. Fenugreek bertindak merangsang peluh. Begitulah mekanisme fenugreek dalam merangsang susu iaitu melalui kelenjar susu yang spt kelenjar peluh. Insyaallah aku akan mencubanya kalo u all nk tau lebih mengenai Fenugreek u all boleh la melayari http://mumshoppe.blogspot.com/search/label/Feenugreek Kita hanya ikhtiar, Hanya Allah sahaja yang menentukannya oleh itu kena perbanyakkan doa kepadaNya Insyaallah.

Web kepada kaum ibu/bapa/bakal ibu/bakal bapa:
(Semoga Web ini dapat membantu anda semua & peroleh info yang bermanfaat)

1) http://mumshoppe.blogspot.com/
2) http://susuibu.com/modules/news/
3) http://duniasusuibu.com/
4) http://susu-terbaik.blogspot.com/
5) http://mamalink.com.my/
6) http://hilyah.com/

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (surah Luqman: 14).

Sekian......

Tuesday, December 14, 2010

Sukan staf..

Walaupaun sukan staf telah berlalu pada 19-25 Nov 2010 yang lepas tp aku rasa masih segar d ingatan mana x segarnya EMAS dalam gengaman kami yeeeehaaaa!!! tp nettball je la yg lain cuba lagi ye bak kata kamus dewan bahasa & pustakan USAHA TANGGA KEJAYAAN ngeh ngeh ngeh.... sebenarnya aku dah tup tap tup tap masuk dlm blg ni dah lama dah... masa story game ni masih panas2 lg tp x blh nk save plk dah so burn cm tu jek cisss chaiiii choiii....

Skrg baru ada semangat nk masuk blk cite ni. Betapa bangganya kami mendapat emas walaupun x dibayar dengan wang ringgit kegigihan & semangat kesukanan yang tinggi tersemat di hati kami walaupun hampir tewas d pusingan game pertama dgn Terengganu kami teruskan perjuangan hingga mengapai si JOHAN (bukan Johan raja lawak k. Tu laki org kang kena rembat ngan batang penyapu). Pengorbanan suami tercenta sanggup apply cuti seminggu demi isteri tersayang. Thanks darlinggg... (sambil semyum sendirian ala2 gedik gitu). Walaupun x dapat klim duit tol Penang-Sg. Buluh, aku & hubby x hiraukan kira sedekah je kat plus tu buat amal jariah sekali sekala & juga duit minyak walaupun x dpt klim kami anggap ja bubuh ayaq paip buat penyedap ati. kena lak dok rumah mertua tiap2 hari berulang alik dari Kota Damansara ke INTEC Shah Alam ngan jem plk tu. Baby Aqeel pun sanggup berkorban mengharungi bahang cuaca yang panas, sanggup berjaga seawal pagi dan mandi ayaq paip yg sejuk tetiba je d mulut dia kuar ayat "tejuk!!" wah!! pandainyeee... (kebetulan je tu). Semua itu adalah demi nettball di hatiku.

Akhirnya dapat la patung singa sekoq setiap seorg, beg kasut & madle gold. Kami Seronok tergedik2 seketika sebelum sopan kembali. X sia2 datang dari jauh 3 beranak neh. So lps tu ada yg terus blk Penang ada yg tunggu sampai Khamis. Aku lak hari Khamis baru sampai Penang sbb dudok umh mertua kan x kan abis game terus blk Penang kot x sesuai tau. Sesambil tu jln2 perabih duit & cuci mata di Kota Metropolitan (KL) itu. Dapat tau plk kena p ESQ huhuhu terpaksa & dipaksa lah p jugak.... cuma aku nk bg tau di sini aku kecik hati dgn simpulan itu yang x reti nk menghargai susah payah kami hanya semata2 x pergi majlis penutup aku ni ada baby so paham2 je la kalo x tau bertanya jgn main hentam je. Kalo dia baca x kisah sendiri mau tau (mulut dah start dah muncung).

Ok kita abaikan ayat aku tu yg agak emosional. Jom kita layan gambar2 yang sempat di snap:

Keceriaan & cahaya nur jelas terpancar di muka sorang2

strategik di atur kembali. time ni kami ketinggalan beberapa mata ke belakang.

Aku di serang oleh Ulik Mayangggg!!! cool beb! semuanya bisa di atur.

Paling bercelaru aku D-fan minah ni... bercelaru aku tgk dia kiri kanan kiri kanan mcm nk tangkap ayam plk aku ni kan dah penat kesian dia.

adakah ini muka terpaksa @ dipaksa??? stim jek matanye... Aqeel mmg mcm tu sempoi mcm ummienye lalalalala~

go Penang go!!!! cayok! cayok! sampai skrg aku pun x paham makna cayok! belasah je labuuuu...

C walaupun game pertama dgn Terengganu agak ketinggalan tp senyuman manisku & kengkawan yg lain menunjukkan tiada tanda2 patah semangat... itu kuncinyaaa..... dapat lak pom2 gurls yg meriah gitu membuatkan semangat kami lg berkobar2.

namanya gila bergambar org tgh berentap sempat lagi menghadiahkan senyuman semanis gula batu cap kapal layar kepada suami terchenta (errkk!!! ada ka cap kapal layar?? bihun ada la... lalalala). 

Pose bakal JOHAN dari kami.....

Penang! Penanag! Penanaggg!!!!!

Pom2 little boy! baju sedondong gitu...




Sekian laporan SUKAN STAF untuk tahun 2010......

Thursday, December 9, 2010

i-City

Orang nk pergi aku pun nk pergi nampak cantik jek emmmm mmg cantik pun bercahaya sana sini... berapa la agaknye mereka bayar  bulan2 duik letrik noooo.... patut la cas parking keta PAU sampai RM10 huish!!! dashat!!! aku x pernah lg kena parking 3 jam kena RM10 tapi resit parking tu berkuat kuasa 24jam la... x kan aku nk dok kat situ sampai 24jam kalo siang terang ang-ang mana la nampak cahaya lampu tu. First Time!! oleh kerana ingin merasa suasana yang chantek itu kami gagahi jugak bukan selalu alang2 dah datang telan ayaq liuq je laaaa..... cantik2 mmg cantik2... kedai pun byk x bukak lagi... nak dudok rapat ngan lampu wana wani x blh kang kena sound wisel ngan mat2 Nepal... kononnya takut mencederakan lampu2 itu. walaupun baru lps ujan tp panas yaaaaa ampunnnn... dah banyak lampu sure la panas. Kalo wat dalam bangunan n ada aircond kan bessss mesti selesa.... tunggu arrrr satu hari aku jadi datin bandar aku akan perintahkan semuanya di buat dlm bangunan hahahaha.... (gelak jahat)











paling suke pic ni Aqeel pose ala2 manja gitu love u darling...






Makan tetap makan ye sayang... nasik ni nenek yang masakkan untuk Aqeel.. rajin nenek hari2 masak nasi untuk Aqeel... Thanks nenek.....



Aqeel sudah sakit kepala melihat lampu yang warna warni & menyenakkan mata memandang.



Dua2 duah menguap??? ok2 jom kita blk wahai sayang2 ku (ayah&Aqeel) sekalian...
get this widget here

Adik Emron

Lilypie Breastfeeding tickers

Ezqel

Lilypie Fourth Birthday tickers

Emron

Lilypie Second Birthday tickers