Followers

Wednesday, September 30, 2009

Lunch aku untuk kali terakhir bg 30 Sept 2009

Arini aku, Emmi, Su & K. Faridah lunch di Hotel UiTM Penang....
walaupun dah kenyang tp masih lagi boleh melantak hehe..
Lepas tu ada la yang nk bukak butang seluar haha...
Siapakah gerangannyaa???
hanya empunya badan yg tau.... ngheee...
menu aku ari ni ada 4 menu
frst spageti, sotong & udang
sedaaappp.. ala bukan byk pun.. ciput jee..
then soup ekor hehe...
buat Nur Emmi sedap kan nenek kan....
main Course lak Ikan Siakap
For Dessert buah-buahan...
Perrghhh!! kekenyangan kami berempat...


Aku nk bergambo dulu sblm p lunch ngeh.. ngeh.. ngeh..

Makan-makan juga pose tetap pose..

Cek Su melaram arini bukan main nooo....  hehe... 

Mummy Eqen & Mama Faridah


Appetizer ari ni sedap gak tp agak berlemak...


Eeeerrrrkkk!!! kenyang aku... alhamdulillah...


Kita makan duluuuu!!! yeeehaaa!!!


Puas hati aku pencuci mulut sebanyak ini...
untuk sorang plk tuuu......
Semua gambo2 ni aku dapatkan dr Mdm Emmi. yg gmbo mcm
x cun tu dr hp aku arrr hehehe ada sedikit gelap n blurrr...


Monday, September 28, 2009


Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga



Bersiap nak p Solat Raya Aidilfitri


Sunday, September 20, 2009

Tuesday, September 15, 2009

Tujuh Bulan Tiga Hari...


Alhamdulillah pada Sabtu lepas 12 September 2009 kandungan aku genap 28 minggu kini kandungan aku 7 bln 3 hr. Apa yg ingin aku coretkan di dalam blog ini adalah utk kongsi bersama kengkawan aku pgalaman pertama aku yg bakal bergelar Mummy 2 bulan lagi insyaallah... setelah merujuk beberapa doktor, doktor menjangkakan aku akan melahirkan putera sulung pada 5 Disember 2009 ni. Doakan aku semoga selamat bersalan dan selamat semuanya yeee....


Oleh kerana ia pengalaman ptama aku byk benda yang bermain di fikiran aku, first sekali bagaimana aku nk bersalin nanti adakah normal atau ceaser. Aku hope normal laa.. tp kalo perlukan aku diceaserkan aku terima demi keselamatan putera kami. Aku x pernah masuk wad tp kalo melawat org sakit pernah laaa cuma aku x pernah kena tahan di hospital apetah lagi kalo masuk blk bedah. Rasa mcm nk gugur jantung ni, aku sorang je yg tahu mcm mana perasaan aku ni so aku kena lah sentiasa bfikiran positif org lain boleh kenapa aku x blh.

Sblm ni aku dah 2 kali aku scane masa 5 bln n 6 bln jst nk sure boy or girl tp x nmpk bby aku kepit hehe.. dia malut kot.. tp Dr. kata myb boy dia blh bagi persen je la 70% emmm.. byk gak tu.... naluri aku kuat kata boy, masa kandungan aku baru 4 bln kalo p tgk baju bby pun aku x pandang lansung wana pink entah napa padahal baju grl lebih cantek kan. Sebenarnya aku n hubby x kisah pun boy r grl janji bby yg bakal aku lahir nanti sehat lagi pun bby first yg mana2 pun x pa. Tp dlm hati aku rasa x puas ja nk tau boy r grl ingat nk p scane 3D tp bila pikir2 blk x jd so cencel sbb baju putih dah beli byk dah lg pun biarlah sprise walaupun x berapa nk sprise sbb dah scane 2 kali kuwi-kuwi... tp tetiba keesokkannya dlm kul 10 pagi aku rasa lain mcm ngan perut aku ni... berdenyut2 x berhenti, ingatkan nadi bila cek x sama lak dengan denyutan nadi kat tangan aku. Nadi aku laju tp yg ni slow skt aku dah mula gelabah then bagitau hubby, nak kata bby tendang sure sekejap kuat sekejap pelahan tp yang ni setiap detik denyutan sama ja sampai perut aku bergerak2. Kami dah mula x sedap hati terus p jumpa Dr. sebenarnya x dak ape pun bila Dr. cek perut aku dia kata aku ni sure bby first... ye la mana la aku tau kejadian tu adalah normal aku takut pepehal je huhuhu.. masa Dr. scane aku ngan hubby ambik kesempatan tanya boy r grl haha... terus Dr. kata boy.... insyaallah....

23 Sept 09 ni aku last periksa perut di klinik kesihatan kat Perai tu. Pasni aku br nk daftar kat KPJ Perda. Isyaallah aku bersalin kat situ... Dulu sblm kat perda bangunan lama kat Sg. Rambai tp bukan nama KPJ Specialist Hospital, nama BM Specialist. Skrg ni bangunan dah baru harga pun baru daaa... makin naik lah plk dulu kalo normal RM1100/RM1200 skrg RM1800 lak tp Dr. masih yg lama Dr. Ramesh ngan Dr. Fauziah. Aku nk pilih Dr. Ramesh sbb aku ada alasan tersendiri kenapa aku pilih dia hehe...

Dalam sehari conform aku akan gelak atau cakap sorang2 hehehe... deeey!!! jgn ingat aku ada yg x kena naaa... aku tgh layan karenah bby dlm perut aku ni... dia suke geli2 aku hehe dah la aku ni sensitif skt kat area pinggang bila aku sentuh ja dgn tapak tangan terus dia diam mcm tau2 je aku sentuh perut tp yg kelakarnya pastu dia x geli2 aku dah dia akan diam sekejap then boxing lak hahaha... seronok sgt aku ada peneman bila dok sorang2...

Wednesday, September 9, 2009

Antara koleksi keychain kesayangan hamba


Ini adalah antara koleksi kesayangan aku...
sebelum dia hilang @ di curi
baik aku ambik gmbr then abadikan dlm blog aku ni...
2 keychain Las Vegas Hubby yg kasi,
Bear polis frm Aimi Nadiyah,
Manik muka Kitty Shasha kasi dari Jepun n last
Kucing wana ijau Mr. Lim Soo Giap kasi frm Beijing.
Ada lagi satu dari kak Fezah kasut terompah
frm Holand tp x tau p mana huhuhu...
Ada byk lagi koleksi keychain
yg lain tp ada yg dh ilang.
Hanya ini ja yg tinggal
x dpt p pun buah tgn pun jd laa..
hehe..... TQ Vry mch..




Antara doa2 yang digalakkn diamalkn semasa mgandung ialah ;
* Saidul (penghulu) Istighfar
~
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
~
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
~
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
~
* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
~
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
~
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
~
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
~
* Surah Yaasin (Utk ktenangn hati & anak x tpengaruh dgn godaan syaitan)
~
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
~
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
~
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
~
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkanagar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat.
* * * * *
Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.
* * * * *
Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.
* * * * *
Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

Monday, September 7, 2009

Biskut Badam N/Cornflks Bercoklat

Hari ni cuti Nuzuk Al~Quran
my hubby koje lak.. so untuk mengelakan
aku keboringan... aku ngan pembantu cilik ni
mula menjalankan keja2 membuat kuih raya...
ini hasilnya.. aku pun x tau rasa mcm mana
harap2 sodap laaa... tp bau pergghh!!! sedaaappp...
Biskut Badam N/Cornflks Borcoklat
Muke seposen budak puasa haha...
x saba2 nk makan.... sempat ke idak kuih aku
ni sampai ke raya huhuhu...

Design kuih ni budak kecik ni yg buatkan.
Corak ape lah yg diilhamnya...






Sunday, September 6, 2009

Berbuka di Pizza Hut


Hari ni hubby ajak berbuka makan pizza kat JUSCO
yeeeehaaa yummy-yummy....
'Hang Cili Padi' sedang brentap dgn 'Tok Janggut'
Kecik bukan sbarang kecik, kecik penuh dgn helah hehehe....
cuba tgk muka dia tu steady jaaa kalo nk banding dgn Tok Janggut.
dlm kepalanya sdg berputar mencari muslihat hahaha...
Time ni tgh lepak2 smentara mnunggu masuknya waktu bbuka
Sblm tu kiteorg solat maghrib dulu baru bes nk bbuka x lah kalut2 makan
1 pingan spageti ngan 2 potong pizza sudah cukup mgenyangkn aku..
errkk... byk keeee...... pastu aku x makan dah...
Alhamdulillah akhirnya bjaya jgk 'Hang Cili Padi'
posa tuk hari ini..
Amboii... seleranye laling I ni makan....


Tuesday, September 1, 2009

Yakjuj Makjuj

Td aku p b/shp nk beli lain tp lain yg aku beli haha..
akhirnya aku jumpa juga buku ini YAKJUJ MAKJUJ... dah lama aku cari tp gagal dikesan ngheee... alhamdulillah akhirnya dapat juga..

Free time!!!!! aku ambik ksempatan tuk teroka buku yang aku br beli td. Emmm.... buku ni mudah difahami dan agak menarik tambahan pula aku kurang pgetahuan mgenai Yakjuj Makjuj ni. Kisah Yakjuj Makjuj telah tercatat di dalam al-quran di dalam surah al-Kahfi ayat 83-98 setelah sekian lama tpulang pada kita untuk mbacanya atau tidak.
Yakjuj Makjuj adalah bangsa yg tkejam dlm sejarah. Mereka sudah wujud sejak zaman Zulqarnain lagi. Sebelum tembok Zulqarnain dibina, bangsa ini sudah memporak perandakan pentas dunia dengan serangan demi serangan ke atas beberapa tamadun dunia. Nabi Muhammad (s.a.w) meramalkan bangsa ini akan muncul lagi pada akhir zaman.
Lebih 10 000 naskah telah terjual dalam tempoh sebulan bermakna buku ini antara yg terhangat di pasaran... ok aku nk sambung baca.... Daaaaa.......







Opis Baru

Ni Opis baru aku n my bos.... yang nampak pintu tu blk bos aku arrr... aku kat luar jaaa. X pa bos aku dapat opis baru aku lak dapat meja baru ngheee.. Opis ni hasil ilham aku dan bos aku.... lega rasa dapat pindah ting 1 ni, aku x payah nk berebut naik lif dah.





Meja opis aku yg sarat...
bantal mushuk aku
tidak ketinggalan
'enter frame'
ngeh-ngeh-ngeh..




get this widget here

Adik Emron

Lilypie Breastfeeding tickers

Ezqel

Lilypie Fourth Birthday tickers

Emron

Lilypie Second Birthday tickers