Followers

Wednesday, December 18, 2013

Link baru My Bog & Son

Dengan i saya mengistihar bahawasanya link bagi blog saya & anaknda telah bertukar. Kepada followers yang telah add my blog ke dalam fav. sila tukarkan link tersebut. Mohon maaf atas kesulitan tersebut. Link terbaru adalah seperti berikut :

Eqen Diaries



Blog anak-anak ummie


Wednesday, October 16, 2013

Pembahagian Budget $$$$

Bulan ni gaji awal yahoooooo
10 Oktober 2013 (gov. shj)


 


Next gaji
25 November 2013
lagi 6 minggu baru gaji
 


Hai boleh jadi mcm ni woooo.....




itu bg aku la kan...
aku ni x suka pegang duit banyak2 buat semak wallet ja
suka perabis duit dgn cepat dan pantas.....


ok la strait 2 da point
aku ni boros tahap dewa
shopping shopping & shoppingggg...

lepas tu aku akan demam  kura2 kejap
Mcm mana aku nak tangani 
pikir punya pikir  jalan buntu.....

aku pikir lagi mencari menyelesaian...






ahaaaaaaaa dah jumpa dahhhh........







Soooooo
aku ada formula baru....
setakat ini selepas Raya Haji duit aku masih di tangga selamat walaupun ada terpeleot sedikit.


nak tahu caranya???


begini caranya


Gaji Bulan ini $$$$
V
V

Tolak siap-siap Hutang piutang+ bill + saving...

= Baki $$$$ bahagi 6 minggu (menjelang gaji berikutnya)

lepastu wujudkan 6 sampul mewakili 6 minggu
so masukkan semua duit yang dah dibahagi itu

contoh yang 6 minggu dah dibahagikan :
RM200 per sampul (RM200x6= RM1200 bersih)

pandai-pandai la hangpa bahagi RM200 tu untuk seminggu
RM200/7hari = RM28.60 sehari.
cukup aeh kalo setakat duit makan ja kalo hangpa nk makan besaq mmg la x cukup
bagi aku sehari RM10 dah memadaai RM18.60 aku simpan. 

RM18.60 x 42hari = RM781.20 banyak tuuuu
duit ni hangpa boleh shopping sehari sebelum next gaji
kalo terlebih belanja RM200 belum sampai seminggu
maknanya posa la hang pa dalam minggu tu... 
x pa sakit sikit ja terseksa lepas tu akan kembali normal
daripada terseksa berminggu-minggu nak tunggu gaji bulan depan pulak.


ok ni cara aku
v
v

langkah pertama tengok kalendar kuda dahulu
untuk merangka strategi....


kalendar kuda je tau kalenda lain x mau..
kalo hangpa nak guna gak ikut suka la kan....
ok siap ini sampul aku yang dah diisi $$$ 
siap sudah pembahagian untuk 6 minggu...
atas sampul tu aku tulis date hari pertama dalam minggu tersebut
hanya date tu sahaja boleh bukak sampul tu...
(sila abaikan tulisan aku x  berapa nak cun tu)
sampul tu buat sendiri ja dah save dah kat situ.

Setakat ini alhamdulillah aku dapat control pengaliran keluar duit aku.
kalo follower aku nk ikut cara ini aku amat berbesar hati & mengalu alukan...

 Semoga kita sama-sama dapat mengelakkan diri daripada pembaziran. Insyaallah....
Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. [17:27]



Segala yang membawa kepada kemungkaran adalah pembaziran yang sejati. Membazir! Walaupun sekecil seputung rokok. Ini kerana Syaitan menggunakan dari sekecil-kecil kepada sebesar-besar tenaga dan effort-nya untuk mungkar. 

 Oleh kerana itu, pembazir itu dilabel sebagai saudara Syaitan. Bukan sepupu atau bau-bau bacang, tapi saudara Syaitan. Kata “saudara” itu sendiri menggambarkan keserupaan dan betapa dekatnya golongan pembazir ini dengan Syaitan (Ust Zawawi Yusuf, 2008). 

Maka, apabila Allah sudah isytihar “Wa kaana asy-Syaitanu liRabbihi kafuura”, mengapa manusia masih ingin menjalin hubungan persaudaraan yang akan membawanya kepada kekufuran lalu menjadi makhluk yg dilaknat Tuhannya? ……

Thursday, October 10, 2013

Happy Birthday 2 Me




Chooiiiiiii poyo kan....
entah ape-ape besday sendiri dengan bangganya p heboh kat org
ada mereka kesah.....

adaaaaa......
terima kasih banyak-banyak kepada
teman-temanku
suamiku
kakakku
bundaku
semuanya....
yang sudi wish my birthday maknanya mereka kesah ok....


yang ke berapa ?????

-


-


-

-

sudah tentunya bukan belasan tahun...
 tapi kalo muka aku macam belasan tahun its ok aku x kesah....
(sure ada yang rasa mcm nk penampar je)

-

-

-

ok ok okkkkkkk
aku dah masuk 30an....

 sedihnya.....
bye bye 20an
mana mungkin untuk aku kembali semula......
si tua dengan rakusnya memamah usiaku.


apa pun aku suke birthday gift from my hubby




Full Body Massage
My laling sgt perihatin terhadap diriku....

terasa sgt segar dalaman & luaran.....
paham-paham aje laaaa...
semoga kebahagiaan ini 
kekal hingga ke Jannah
amiiinnnnn.....

Aku tidak lagi mahukan beg Polo itew klick sini
(tapi dalam hati masih mengharap lalalalalala...... ;-b)

Thursday, October 3, 2013

Aku x kisah tp kadang-kadang aku kesah...


Aku seorang blogger yang separa active... rasa rajin aku taip kalo malas paham2 je la bersawang la di sesawang aku ni.... Aku x kisah sebenarnya siapa nk baca blog aku selagi x jadi bualan mulut busuk individu yang tidak bertanggungjawab. Tapi bila pikir pikir dan pikir.... balik aku kisah juga kepada individu yang aku x suka dia follow blog & mengetahui aktiviti aku & keluarga aku. 
macam mana aku nk buat ek??????????? Perlukah aku buat privet??? perlu buat pintu??? nak baca kena buat permision dulu???? tp sure followers aku tersurat & tersirat x dapat baca...
wah! rasa mcm artis pulok doh!! padahal x pames lansung... Ahhh suka hati aku lah... ada aku kesah.. korang lagi x kesah kan... kan kannnnnn............







hurmmmm nanti akan aku pikirkan cara-caranya..... 
sebelum aku jumpa jalan penyelesaian aku nk pesan kepada individu yang aku x suka tu... x payah la follow akuuuu x dak kepentigan pun ko follow aku... lepastu kecoh cerita perihal aku... busuk kan...
tp mereka tahu ka aku x suke depa (bahasa campur KL + Utaqa.... harap faham) sendiri mau faham laaaa.... tapi jgn ada pihak yg teqasa pulok ye...








Tujuan aku jadi blogger ni sekadar kongsi story bersama follwers aku yang tersayang  & juga sebagai diari aku n family. Sweet kan bila kita baca balik cerita lalu.... yg manis2 je la jgn p baca cerita sedih atau org dok penaya kat kita tu boleh jadi hantu namanya...


SEKIAN......


Friday, September 6, 2013

Alhamdulillah atas rezeki & nikmat darimu yaaarobbi....

Ya allah, sekiranya rezeki kami ini berada dilangit maka turunkanlah ia,
jika ia berada di bumi, keluarkanlah ia,
& jika ia ada di lautan, munculkanlah.

Sekiranya rezeki kami berada di tempat yang jauh, dekatlah ia,
jika ia sedikit, banyakkah ia
& jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia,

serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami 
dengan kemuliaan, kepemurahan & kebaikanmu
dengan rahmatmu
Wahai Yang Maha Pengasih lagi memahami atas sesuatu kejadian.

bukan tamak tp REZEKI boleh ditafsir dalam pelbagai bentuk
contoh : ilham menu hari ini adalah rezeki santapan untuk suami & anak-anakku.

sangat bersyukur dengan apa yang ada... Alhamdulillah.
hari ni kita berada diatas jgn leka kerana 'dia' berhak menarik nikmat pada orang2 yang tidak bersyukur.






Monday, August 26, 2013

Salamat Hari Lahir Sayang....





Selamat Hari Lahir Buat Suami ....
Insan yang penuh dengan kasih sayang...

Aku bersyukur kerana diberikan aku masa untuk mengenali erti kasih sayang dari insan yang bergelar suami. Terima kasih di atas segala pengorbanan dan memberikan aku masa untuk mengenali dan bersamamu hingga saat ini..

Doa ku tujukan khas buatmu tika bersujud agar kehidupan kita sentiasa dirahmati dan dilindungi Tuhan. Buatmu suami tercinta, semoga hidupmu di berkati Allah, di panjangkan umur, dimurahkan rezeki yang diberkati dan diberikan kesihatan yang baik untuk sama-sama melakukan ibadah dan menikmati dunia ini..

- AMIN -



Aku Sesak Nafas









Rasa sedih nak nanges pun ada.... 
sbb tu aku x suka pergi dekat situ hari tu membuatku jadi sesak nafas
 tangan ni pun tiba2 terketar arrrggghhhh..... 
aku sakit keeee..... nafas aku tersekat2 jee...
 -  

-

-

-

-

-

Aku perlukan ubat, tp bagaimana caranya.... perlu pergi klinik ke tidak...
aku rasa x payah. biar Aku tempuhi dengan sendiri...
Tapi aku rasa nak nangis pun ada ishk! ishk! ishk!

-

-

-

-

-

-

Kalo aku dok diam-diam di office perkara sebegini tidak akan terjadi.
Adakah ini namanya takdir? bolehka aku melawan takdir?
Oh! rasanya tidak.....

tapi aku boleh melawan nafsu.....
Yeaarrhh!!!! aku mmg boleh...
Eh ape kena mengena plk tetiba sebut pasal nafsu....
-

 -
Aku jadi sebegini  adalah disebabkan ini!!!!

-

-

-

-
---
-
Aku menderita seketika adalah sbb Mr. Polo ini!!!!!
Mr. Hubby tolong belikan saya yang wana kuning tu boleh x?
x mahal hanya RM389 sahaja.... agak2 aku kena penampar x?

adakah aku dikata begini?
beg plastik kat rumah tu dah berguni pilih je nak yg mana satu  ada pelbagai warna...
ada wana kuning, merah. biru & paling banyak putih....
fungsi sama ja boleh jugak angkut barang... ayang nak semua pun boleh...

atau begini?
Cuba belajar berjimat sayang.... x baik memboros amalan syaitan.
Beg BONIA hantaran yang abg bagi tu elok lagi.
beg TOMMY HILFIGER yang abang beli dekat US pun masih boleh pakai walaupun nampak buruk cikit je. X perlu beg mahal-mahal tu semua duniawi semata-mata.

ke begini?
Banyak duit hang.... 
aku bagi penampaq kang baru tau.... 
Susah-susah aku cari duit senang-senang je hang mintak 
hand Beg POLO beharga RM389 dari aku.... 
Ingat senang ke aku nak dapat duit!!!!!....
(oh tidak ini x mungkin darling i sanggup bekata begini... Ini Syaitooon yg dok berbisik ditelinganya)

hehe aku tau laling aku sgt baik... 
myb aku diberi tzkirah sedikit untuk menimbulkan keinsafan...


ok dah dah daaaahhhh!!! laqo byk sgt neh!!
apa yang aku faham dan mmg dah lama faham tp saja buat x berapa nk faham... X baik hidup dalam pembaziran... Syukur dgn apa yang ada kalo teringin sgt2 himpun duit sendiri takut t tidor x lena makan x lalu & mandi x basah plk. Tepuk dada tanda diri sendiri perlukah semua itu?




Wednesday, August 14, 2013

Hari Raya 2013 at Narathiwat


Alhamdulillah.... setelah 3 tahun berlalu akhirnya aku dapat juga beraya di kg. kuThailand. Rindu sgt pada nenek ku yg sorang tu... selepas ni bila lagi kita dapat berjumpa lagi (feeling Sad). Menitis air mata di saat perpisahan... dalam hati aku sering berkata adakah ini pertemuan terakhir? aku berharap sgt semoga dapat berjumpa lagi nenek di hari2 mendatang. Dia satu-satunya nenek yang aku ada.
Memandangkan di sana sedang bergolak amat sukar untuk sering berkunjung ke sana. Selang sehari kami pulang ke Malaysia rumah mak teh aku bergegar kesan dari Bom meletup entah dari mana.





Yaallah... aku memohon kepadamu agar lindungilah kaum kerabatku di sana. Sesungguhnya engkau lebih memahami & mengetahui atas apa yang berlaku. Insan2 di sana menjadi mangsa keadaan oleh manusia berhati iblis... kerakusan, dendam & amarah punca pergolakan. Kenapa kini semakin nipis perasaan belas kasihan. Hati Iblis lebih menguasaai perasaan mereka. Aku rindukan zaman kecilku di sana yang bebas ke mana sahaja tanpa rasa takut seperti mandi sungai, masuk hutan, pergi dusun, naik keretapi, ziarah menziarahi tanpa kira siang/malam.

Sebenarnya apa yg aku dgr dari cerita2 orang kampung di sana perbernontakan berlaku bukan disebabkan pergaduhan antara agama tp dari golongan pengedar dadah. Almaklumlah Golok tu sarang pengedar & pembekal dadah. Aku dimaklumkan juga Taksin Chinawat
 ketika itu PM Thailand telah mengarahkan tenteranya/polis menangkap otai2 dadah bawa ke Bangkok lalu menembak sampai mati. Justeru, pemberontakan & kacau bilau berlaku di selatan Thailand. Wallahhualam... jika benar sangat simpatai kepada insan2 yang tidak bersalah terkorban.

ini antara koleksi Lebaran kami di sana :

Beraya di rumah Tok Su (Kg. Bukit) 

  
Buah Durian sekilo RM1.50 fresh dari kebun baru luquh dr pokok sgt lemak n sedap...
murah gilooooo......
Beraya di rumah Pok Su di AiSatia

Pantai Narathiwat



Upin Iping tgh tido jgn bising.... / Duit raya anak2

Selamat Hari Raya kepada semua followers aku
Maaf Zahir Batin

Sekian...


get this widget here

Adik Emron

Lilypie Breastfeeding tickers

Ezqel

Lilypie Fourth Birthday tickers

Emron

Lilypie Second Birthday tickers