Followers

Wednesday, December 16, 2009

Aqeel Rasmi Stroller Baru


Sedapnya anak mummy ni tdooo....
Ari Isnin lepas (14 Dec 09) Aqeel ada apmnt ngan 
Doktor Shahbodin di KPJ Specialist
Ari tu gak dapat rasmi stroller baru hehe...



Doktor Shah : "Muhammad Ezqel Eskandar" 
Aqeel : "yee... saya Doktor"

Turn mummy laks ada apmnt dgn Doktor Ramesh
kejap yaaa daddy ngan Aqeel Doktor
ada pesakit nk beranak lak hehe..
 
Daddy mithali.... hehehe....

Harta Tidak Ternilai

Alhamdulillah aku bersyukur kepadamu ya Allah atas kurniaanmu yang tidak ternilai ini. Harta yang engkau beri pinjam kepada kami ini akan ku jaga dan mendidik ia berlandaskan ajaramu dan aku berjanji pada diri ini akan ku jalankan tanggungjawab ku sebagai seorang ibu dengan sebaik mungkin. Aku hanya mampu membentuknya tp semua kebaikan yang berlaku adalah dengan izimu ya Allah, oleh itu aku mohon pada mu agar engkau memeliharalah hartaku ini menjadi insan yang berguna dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan ibu bapanya bila kami menutup mata nanti.




Seseorang hamba yang akan naik darjatnya di syurga setelah dia wafat (meninggal) disebabkan oleh DOA anaknya yang soleh dan solehah. Doa yang baik adalah apa yang diajarkan oleh Allah SWT kepada kita seperti disebutkan di dalam Quran (surah Ai-isra: 24)

Zuriat itulah pewaris, semoga doa dan amalan akan menjadikan pewaris ku ini adalah warisan yang terbaik di dunia dan akhirat. Aku tahu segala-galanya berlaku telah engkau tentukan sejak azali lagi dan aku hanya mampu berdoa untuk segala kebaikan dan menghidari segala keburukan. Amiiinn yaaa robbil’alaminnn...





"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) do'a permohonan" - {Surah Ali'Imran:38}


Wednesday, December 9, 2009

Saat Kelahiran

Sori kengkawan ari ni baru nk update my blog... mama aku x kasi tenung laptop ni lelama almaklum la org br lepas bersalin byk orat putus2 takut t pening kepala lak.... 

Alhamdulillah dh 9 hari aku selamat melahirkan Muhammad Ezqel Eskandar pada 30 Nov 09 (Isnin) jam 1.13am di KPJ Specialist Hospital. Bby aku dilahirkan secara normal. Alhamdulillah juga proses kelahiran tidak mengambil masa terlalu lama tapi sakitnya hanya tuhan saja yg tahu.

Mari sini baca aku nk cite dari awal macam mana bermulanya saat kelahiran hehe... pada petang Ahad tu dlm kul 6.30pm aku br bangun tido hehehe letih arrrr ujung minggu ni la nk ambik ksempatn tido puas2. Kuar je bilik hubby tayang durian.. perghh.. fav. tuh!! Mana leh tahan beb!!! Tp hubby ingatkn aku jgn makan byk2 t panas aku ngan bby.. tp aku menginkarinya hahaha...

Lps tu sempat lagi gurau ngan hubby “abang banyak ni ayang makan durian, mana tau kot2 nk terberanak ka kena lak time tu ayang senawa ke terlepas ‘tut’ ke abih pensaan Doc ngan Misi kah! Kah! Kah!....” pastu aku masuk toilet nk ambik air smbhyg tetiba je air ketumban pecah, baik punya time apa lagi aku pun menjerit panggil hubby aku. Kami pun terus ke Spital. Aku ditempatkan di blk no 4 (Deliver Room) pada jam 7pm. Time tu br buka 1cm misi kata myb esok pagi br bersalin. Time tu aku x rasa sakit lansung, x rasa macam nk beranak... kul 9pm aku dah mula rasa mcm sengugut sikit2 tp blh gebang sakan lagi ngan misi dlm blk tu sora aku ja yg dgr hahaha, hubby lak blk umh kjp ambik barang.

Kul 10pm lbh aku dah mula rasa sakit yg amat sgt nasib baik hubby ada sebelah sempat la bermaaf-maafan. Kesakitan aku makin out of control haha... rasa mcm nk tercabut kaki aku ni dok tahan sakit. Doc kata dah buka 9cm... uiksss... cepatnya.. x pa bagus2 aku pun dh x tahan dah ni.. Alhamdulillah kul 1.13am aku selmat melahirkan bby boy yang sungguh comel & berambut sunguh lebat. Patut la aku kerap k toilet sampai ambik MC x cukup tdo kikiki.....




Then aku pun ditempatkan di blk bernombor 410 manakala my bby lak diletakkan di bilik nursing... Aku x blh tdo smpai ke subuh teringatkan bby aku. Kul 7am misi br antar bby aku. Seronok sgt bila menatap wajah bby aku segala kesakitan hilang. Kul 3pm pd hr yg sama aku ngan bby dibenarkan pulang, stelah Doc bpuas hati mummy ngan bby sehat & tiada masalah... So now aku berpntang di umh mak aku di Kg. Tersusun.



get this widget here

Adik Emron

Lilypie Breastfeeding tickers

Ezqel

Lilypie Fourth Birthday tickers

Emron

Lilypie Second Birthday tickers