Followers

Monday, August 26, 2013

Salamat Hari Lahir Sayang....





Selamat Hari Lahir Buat Suami ....
Insan yang penuh dengan kasih sayang...

Aku bersyukur kerana diberikan aku masa untuk mengenali erti kasih sayang dari insan yang bergelar suami. Terima kasih di atas segala pengorbanan dan memberikan aku masa untuk mengenali dan bersamamu hingga saat ini..

Doa ku tujukan khas buatmu tika bersujud agar kehidupan kita sentiasa dirahmati dan dilindungi Tuhan. Buatmu suami tercinta, semoga hidupmu di berkati Allah, di panjangkan umur, dimurahkan rezeki yang diberkati dan diberikan kesihatan yang baik untuk sama-sama melakukan ibadah dan menikmati dunia ini..

- AMIN -



Aku Sesak Nafas









Rasa sedih nak nanges pun ada.... 
sbb tu aku x suka pergi dekat situ hari tu membuatku jadi sesak nafas
 tangan ni pun tiba2 terketar arrrggghhhh..... 
aku sakit keeee..... nafas aku tersekat2 jee...
 -  

-

-

-

-

-

Aku perlukan ubat, tp bagaimana caranya.... perlu pergi klinik ke tidak...
aku rasa x payah. biar Aku tempuhi dengan sendiri...
Tapi aku rasa nak nangis pun ada ishk! ishk! ishk!

-

-

-

-

-

-

Kalo aku dok diam-diam di office perkara sebegini tidak akan terjadi.
Adakah ini namanya takdir? bolehka aku melawan takdir?
Oh! rasanya tidak.....

tapi aku boleh melawan nafsu.....
Yeaarrhh!!!! aku mmg boleh...
Eh ape kena mengena plk tetiba sebut pasal nafsu....
-

 -
Aku jadi sebegini  adalah disebabkan ini!!!!

-

-

-

-
---
-
Aku menderita seketika adalah sbb Mr. Polo ini!!!!!
Mr. Hubby tolong belikan saya yang wana kuning tu boleh x?
x mahal hanya RM389 sahaja.... agak2 aku kena penampar x?

adakah aku dikata begini?
beg plastik kat rumah tu dah berguni pilih je nak yg mana satu  ada pelbagai warna...
ada wana kuning, merah. biru & paling banyak putih....
fungsi sama ja boleh jugak angkut barang... ayang nak semua pun boleh...

atau begini?
Cuba belajar berjimat sayang.... x baik memboros amalan syaitan.
Beg BONIA hantaran yang abg bagi tu elok lagi.
beg TOMMY HILFIGER yang abang beli dekat US pun masih boleh pakai walaupun nampak buruk cikit je. X perlu beg mahal-mahal tu semua duniawi semata-mata.

ke begini?
Banyak duit hang.... 
aku bagi penampaq kang baru tau.... 
Susah-susah aku cari duit senang-senang je hang mintak 
hand Beg POLO beharga RM389 dari aku.... 
Ingat senang ke aku nak dapat duit!!!!!....
(oh tidak ini x mungkin darling i sanggup bekata begini... Ini Syaitooon yg dok berbisik ditelinganya)

hehe aku tau laling aku sgt baik... 
myb aku diberi tzkirah sedikit untuk menimbulkan keinsafan...


ok dah dah daaaahhhh!!! laqo byk sgt neh!!
apa yang aku faham dan mmg dah lama faham tp saja buat x berapa nk faham... X baik hidup dalam pembaziran... Syukur dgn apa yang ada kalo teringin sgt2 himpun duit sendiri takut t tidor x lena makan x lalu & mandi x basah plk. Tepuk dada tanda diri sendiri perlukah semua itu?




Wednesday, August 14, 2013

Hari Raya 2013 at Narathiwat


Alhamdulillah.... setelah 3 tahun berlalu akhirnya aku dapat juga beraya di kg. kuThailand. Rindu sgt pada nenek ku yg sorang tu... selepas ni bila lagi kita dapat berjumpa lagi (feeling Sad). Menitis air mata di saat perpisahan... dalam hati aku sering berkata adakah ini pertemuan terakhir? aku berharap sgt semoga dapat berjumpa lagi nenek di hari2 mendatang. Dia satu-satunya nenek yang aku ada.
Memandangkan di sana sedang bergolak amat sukar untuk sering berkunjung ke sana. Selang sehari kami pulang ke Malaysia rumah mak teh aku bergegar kesan dari Bom meletup entah dari mana.





Yaallah... aku memohon kepadamu agar lindungilah kaum kerabatku di sana. Sesungguhnya engkau lebih memahami & mengetahui atas apa yang berlaku. Insan2 di sana menjadi mangsa keadaan oleh manusia berhati iblis... kerakusan, dendam & amarah punca pergolakan. Kenapa kini semakin nipis perasaan belas kasihan. Hati Iblis lebih menguasaai perasaan mereka. Aku rindukan zaman kecilku di sana yang bebas ke mana sahaja tanpa rasa takut seperti mandi sungai, masuk hutan, pergi dusun, naik keretapi, ziarah menziarahi tanpa kira siang/malam.

Sebenarnya apa yg aku dgr dari cerita2 orang kampung di sana perbernontakan berlaku bukan disebabkan pergaduhan antara agama tp dari golongan pengedar dadah. Almaklumlah Golok tu sarang pengedar & pembekal dadah. Aku dimaklumkan juga Taksin Chinawat
 ketika itu PM Thailand telah mengarahkan tenteranya/polis menangkap otai2 dadah bawa ke Bangkok lalu menembak sampai mati. Justeru, pemberontakan & kacau bilau berlaku di selatan Thailand. Wallahhualam... jika benar sangat simpatai kepada insan2 yang tidak bersalah terkorban.

ini antara koleksi Lebaran kami di sana :

Beraya di rumah Tok Su (Kg. Bukit) 

  
Buah Durian sekilo RM1.50 fresh dari kebun baru luquh dr pokok sgt lemak n sedap...
murah gilooooo......
Beraya di rumah Pok Su di AiSatia

Pantai Narathiwat



Upin Iping tgh tido jgn bising.... / Duit raya anak2

Selamat Hari Raya kepada semua followers aku
Maaf Zahir Batin

Sekian...


get this widget here

Adik Emron

Lilypie Breastfeeding tickers

Ezqel

Lilypie Fourth Birthday tickers

Emron

Lilypie Second Birthday tickers