Followers

Tuesday, June 10, 2008

Lembaran Hidup...

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah. Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah. Penawar hati kekasih Allah susah dan senang rela bersama... Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?. Isteri Rasulullah yang bijak pendorong kesusahan dan penderitaan tiada sukar untuk dilaksanakan... Mengalir air mataku melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang tiada memiliki harta dunia layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga... Ketika aku marah inginku intip serpihan sabar dari catatan hidup Siti Sarah.... Tabah jiwaku setabah umi Nabi Ismail mengendong bayinya yang masih merah mencari air penghilang dahaga di terik padang pasir merak. Ditinggalkan suami akur tanpa bantah pengharapannya hanya pada Allah itulah wanita Siti Hajar.... Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman bersinar indah, harum tersebar bagai wanginya pusara Masyitah....

Monday, June 9, 2008

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yg beriman, yg hatinya disalut rasa takwa kepada Allah yg jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam yg sentiasa haus dengan ilmu yg sentiasa dahaga akan pahala, yg solatnya adalah maruah dirinya, yg tidak pernah takut untuk berkata benar, yg tidak pernah gentar untuk melawan nafsu, yg sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya, yg tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya, yg tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya, yg sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya, yg penyayang, yg mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh, Lelaki idaman saya adalah lelaki, yg menghormati ibunya yg sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga, yg bakal menjaga kerukunan rumahtangga, yg akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam, Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah yg boleh diajak berbincang dan berbicara, yg sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati, yg baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat, yg mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian Lelaki idaman saya adalah lelaki Yang tidak terpesona dengan buaian dunia Kerana dia mengimpikan syurga Di situlah rumah idamannya Dan dia ingin membawa saya bersama Dialah lelaki idaman saya........ ~astika~@>:------
get this widget here

Adik Emron

Lilypie Breastfeeding tickers

Ezqel

Lilypie Fourth Birthday tickers

Emron

Lilypie Second Birthday tickers