Followers

Thursday, November 6, 2008

Yang terindah buat ku.....







Game sampai ke malam....
Team kite org x mau mengaku kalah
last-last kalah jugak huhuhu...
tewas dengan sekeping duit syikin
huwaaa...


Cayok-cayok suuuu!!!!!.........

Wednesday, November 5, 2008



Saat mengembirakan
time ni team kiteorg JOHAN
mengalahkan team2 budak UiTM yang lain
x sangka beb!. dari kedudukan
antara yang tercorok sehinggalah
menyangdang gelaran JOHAN.
Bangga siot!!!

Saat aku & team aku berkerja keras...
aku bangga walaupun kiteorg bidan terjun
mase game ni tapi semanggat
tetap membara beb!
- futsall game, UiTM Arau

Monday, November 3, 2008

Ape pun yang aku lakukan,
aku akan pastikan ia adalah yang terbaik buat aku.
Ni aku mase kecik2 dulu.
Mama aku kate mase ni umur aku 5 bulan
Mata bulat, muka bulat nasib baik
badan aku x bulat ahakss!...

Saturday, November 1, 2008

Sejarah aku mase kecik-kecik


U all tau x sapa kanak-kanak comel di sebelah ni? ada nampak mcm muka aku x? Ini la aku mase kecik-kecik dulu u all jangan ingat anak aku lak hehe.. mase ni kalo x silap aku mase umur 3 tahun. Gambar ni diambil mase aku di rumah tokwan aku kat Jalan Baru, Seberang Perai Pulau Pinang. Aku x sure aku ni anak mami ke x. Ada iras anak mami ke? sure x kan. Papa aku panggil gelaran aku nyonya myb muke aku ada terselit skt mcm cina kot haha.. Aku dilahirkan di negeri Cik Siti Wan Kembang. Mama aku orang pantai timur. Mase kecik2 aku ni nakai sikit. Ye laaa mane x nye aku ni penah bagi patah tangan anak dara orang hehe dashat kan nasib baik x kena saman yeeehaaa.. bes prend aku plak tu. Ni sbb ideal aku yg gile2 la.. Then mase tadika aku pernah kena tambat di kaki whiteboard oleh cikgu tadika aku sbb aku x makan saman beb! dok belari dalam kelas bes wooo... kena tambat jadi popular lah kejap pada hari tu. Ada lagi banyak cite aku yg nakal2 mase kecik2 ni antaranya lagi aku penah bagi dapur rumah aku terbakar haha suprise kan nasib baik x terbakar 1 rumah. Aku main api then lempaq ke dlm bakul sampah di tepi tong gas plk tu then aku p tgk tv kat ruang tamu, ape lagi kuaq lah asap berkepoi2... hitam plk tu abis kain langsir mak aku itam penat je mak aku basuh cuci2. Terkejut kambing aku tgk api marak dah menjulang ke dinding atas, nasib baik flat batu kalo papan 'selamat'dah la rumah aku tu. Aku panik gile masa tu aku x tau buat ape tetiba idea bodoh datang di fikiran aku. Aku ingat kalo tiup angin api blh padamkan api sbb aku penah buat experimen tiup batang mancis huwa..huwa..huwa.. so aku pun ambik la kipas p sembuq angin pada api tu, lagi bermaharajalela lah api tu dapoq gas dah tgh panas dalam api tu tunggu masa nak meletup ja aku dah pucat nasib baik jiran sebelah nampak asap berkepul2 keluar dari pintu dapoq yg tertutup kononnya malu nk bagi org nampak la haha... ungcle tu terus buka pintu sambar tong gas dulu. tangan aku dah melecur sikit kena api. Akhir cerita sblm u all bosan baca cite aku ni umah aku telah berjaya diselamatkan dan alhamdulillah aku masih hidup sehingga kini. Kejadian tu belaku di bulan syawal so mlam tu kami berbuka di luar aku heran plk sbb mama ngan papa aku x marah langsung myb mereka tgk muka aku dah pucat mcm org x cukup daqah then tangan aku cedera plk tu alhamdulillah nasib baik x jadi cacat kekal. Ini antara cite2 aku mase zaman kecik2 dulu la byk lagi tapi cukup lah aku story nanti penat je aku taip banyak2 u all x baca pun hampeh! hehe... Ok aku cau dulu daaaaa......

Tuesday, June 10, 2008

Lembaran Hidup...

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah. Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah. Penawar hati kekasih Allah susah dan senang rela bersama... Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?. Isteri Rasulullah yang bijak pendorong kesusahan dan penderitaan tiada sukar untuk dilaksanakan... Mengalir air mataku melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang tiada memiliki harta dunia layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga... Ketika aku marah inginku intip serpihan sabar dari catatan hidup Siti Sarah.... Tabah jiwaku setabah umi Nabi Ismail mengendong bayinya yang masih merah mencari air penghilang dahaga di terik padang pasir merak. Ditinggalkan suami akur tanpa bantah pengharapannya hanya pada Allah itulah wanita Siti Hajar.... Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman bersinar indah, harum tersebar bagai wanginya pusara Masyitah....

Monday, June 9, 2008

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yg beriman, yg hatinya disalut rasa takwa kepada Allah yg jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam yg sentiasa haus dengan ilmu yg sentiasa dahaga akan pahala, yg solatnya adalah maruah dirinya, yg tidak pernah takut untuk berkata benar, yg tidak pernah gentar untuk melawan nafsu, yg sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya, yg tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya, yg tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya, yg sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya, yg penyayang, yg mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh, Lelaki idaman saya adalah lelaki, yg menghormati ibunya yg sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga, yg bakal menjaga kerukunan rumahtangga, yg akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam, Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah yg boleh diajak berbincang dan berbicara, yg sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati, yg baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat, yg mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian Lelaki idaman saya adalah lelaki Yang tidak terpesona dengan buaian dunia Kerana dia mengimpikan syurga Di situlah rumah idamannya Dan dia ingin membawa saya bersama Dialah lelaki idaman saya........ ~astika~@>:------
get this widget here

Adik Emron

Lilypie Breastfeeding tickers

Ezqel

Lilypie Fourth Birthday tickers

Emron

Lilypie Second Birthday tickers