Followers

Wednesday, August 14, 2013

Hari Raya 2013 at Narathiwat


Alhamdulillah.... setelah 3 tahun berlalu akhirnya aku dapat juga beraya di kg. kuThailand. Rindu sgt pada nenek ku yg sorang tu... selepas ni bila lagi kita dapat berjumpa lagi (feeling Sad). Menitis air mata di saat perpisahan... dalam hati aku sering berkata adakah ini pertemuan terakhir? aku berharap sgt semoga dapat berjumpa lagi nenek di hari2 mendatang. Dia satu-satunya nenek yang aku ada.
Memandangkan di sana sedang bergolak amat sukar untuk sering berkunjung ke sana. Selang sehari kami pulang ke Malaysia rumah mak teh aku bergegar kesan dari Bom meletup entah dari mana.





Yaallah... aku memohon kepadamu agar lindungilah kaum kerabatku di sana. Sesungguhnya engkau lebih memahami & mengetahui atas apa yang berlaku. Insan2 di sana menjadi mangsa keadaan oleh manusia berhati iblis... kerakusan, dendam & amarah punca pergolakan. Kenapa kini semakin nipis perasaan belas kasihan. Hati Iblis lebih menguasaai perasaan mereka. Aku rindukan zaman kecilku di sana yang bebas ke mana sahaja tanpa rasa takut seperti mandi sungai, masuk hutan, pergi dusun, naik keretapi, ziarah menziarahi tanpa kira siang/malam.

Sebenarnya apa yg aku dgr dari cerita2 orang kampung di sana perbernontakan berlaku bukan disebabkan pergaduhan antara agama tp dari golongan pengedar dadah. Almaklumlah Golok tu sarang pengedar & pembekal dadah. Aku dimaklumkan juga Taksin Chinawat
 ketika itu PM Thailand telah mengarahkan tenteranya/polis menangkap otai2 dadah bawa ke Bangkok lalu menembak sampai mati. Justeru, pemberontakan & kacau bilau berlaku di selatan Thailand. Wallahhualam... jika benar sangat simpatai kepada insan2 yang tidak bersalah terkorban.

ini antara koleksi Lebaran kami di sana :

Beraya di rumah Tok Su (Kg. Bukit) 

  
Buah Durian sekilo RM1.50 fresh dari kebun baru luquh dr pokok sgt lemak n sedap...
murah gilooooo......
Beraya di rumah Pok Su di AiSatia

Pantai Narathiwat



Upin Iping tgh tido jgn bising.... / Duit raya anak2

Selamat Hari Raya kepada semua followers aku
Maaf Zahir Batin

Sekian...


No comments:

get this widget here

Adik Emron

Lilypie Breastfeeding tickers

Ezqel

Lilypie Fourth Birthday tickers

Emron

Lilypie Second Birthday tickers