Followers

Wednesday, October 16, 2013

Pembahagian Budget $$$$

Bulan ni gaji awal yahoooooo
10 Oktober 2013 (gov. shj)


 


Next gaji
25 November 2013
lagi 6 minggu baru gaji
 


Hai boleh jadi mcm ni woooo.....




itu bg aku la kan...
aku ni x suka pegang duit banyak2 buat semak wallet ja
suka perabis duit dgn cepat dan pantas.....


ok la strait 2 da point
aku ni boros tahap dewa
shopping shopping & shoppingggg...

lepas tu aku akan demam  kura2 kejap
Mcm mana aku nak tangani 
pikir punya pikir  jalan buntu.....

aku pikir lagi mencari menyelesaian...






ahaaaaaaaa dah jumpa dahhhh........







Soooooo
aku ada formula baru....
setakat ini selepas Raya Haji duit aku masih di tangga selamat walaupun ada terpeleot sedikit.


nak tahu caranya???


begini caranya


Gaji Bulan ini $$$$
V
V

Tolak siap-siap Hutang piutang+ bill + saving...

= Baki $$$$ bahagi 6 minggu (menjelang gaji berikutnya)

lepastu wujudkan 6 sampul mewakili 6 minggu
so masukkan semua duit yang dah dibahagi itu

contoh yang 6 minggu dah dibahagikan :
RM200 per sampul (RM200x6= RM1200 bersih)

pandai-pandai la hangpa bahagi RM200 tu untuk seminggu
RM200/7hari = RM28.60 sehari.
cukup aeh kalo setakat duit makan ja kalo hangpa nk makan besaq mmg la x cukup
bagi aku sehari RM10 dah memadaai RM18.60 aku simpan. 

RM18.60 x 42hari = RM781.20 banyak tuuuu
duit ni hangpa boleh shopping sehari sebelum next gaji
kalo terlebih belanja RM200 belum sampai seminggu
maknanya posa la hang pa dalam minggu tu... 
x pa sakit sikit ja terseksa lepas tu akan kembali normal
daripada terseksa berminggu-minggu nak tunggu gaji bulan depan pulak.


ok ni cara aku
v
v

langkah pertama tengok kalendar kuda dahulu
untuk merangka strategi....


kalendar kuda je tau kalenda lain x mau..
kalo hangpa nak guna gak ikut suka la kan....
ok siap ini sampul aku yang dah diisi $$$ 
siap sudah pembahagian untuk 6 minggu...
atas sampul tu aku tulis date hari pertama dalam minggu tersebut
hanya date tu sahaja boleh bukak sampul tu...
(sila abaikan tulisan aku x  berapa nak cun tu)
sampul tu buat sendiri ja dah save dah kat situ.

Setakat ini alhamdulillah aku dapat control pengaliran keluar duit aku.
kalo follower aku nk ikut cara ini aku amat berbesar hati & mengalu alukan...

 Semoga kita sama-sama dapat mengelakkan diri daripada pembaziran. Insyaallah....
Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. [17:27]



Segala yang membawa kepada kemungkaran adalah pembaziran yang sejati. Membazir! Walaupun sekecil seputung rokok. Ini kerana Syaitan menggunakan dari sekecil-kecil kepada sebesar-besar tenaga dan effort-nya untuk mungkar. 

 Oleh kerana itu, pembazir itu dilabel sebagai saudara Syaitan. Bukan sepupu atau bau-bau bacang, tapi saudara Syaitan. Kata “saudara” itu sendiri menggambarkan keserupaan dan betapa dekatnya golongan pembazir ini dengan Syaitan (Ust Zawawi Yusuf, 2008). 

Maka, apabila Allah sudah isytihar “Wa kaana asy-Syaitanu liRabbihi kafuura”, mengapa manusia masih ingin menjalin hubungan persaudaraan yang akan membawanya kepada kekufuran lalu menjadi makhluk yg dilaknat Tuhannya? ……

2 comments:

RieNa said...

cayalah ekin!! mmg boleh pakai la idea ni!

Astika: said...

mmg berkesan kak... alhamdulillah setakat minggu ni satu sampul dah dibuka... so 5 sampul lagi masih dlm keadaan selamat.... x sabar nk tunggu isnin ni tuk buka sampul baru... duit dah kering dah neh hahaha... walaumacamana pun x akan buka sampul selagi isnin belum tiba.

get this widget here

Adik Emron

Lilypie Breastfeeding tickers

Ezqel

Lilypie Fourth Birthday tickers

Emron

Lilypie Second Birthday tickers