Followers

Monday, May 23, 2011

Salam TAKZIAH

Bila termenung sensorang tiba-tiba sedih pulak bila terkenangkan tragedi yang menimpa keluarga paksu ku yang telah kehilangan puteri bongsunya (Eina) seminggu yang lalu di usia 1 tahun 1 bulan. Terkejut mendengar berita itu dari FB. Rasanya baru je jumpa ngan baby Eina masa mereka datang Penang baru-baru ni.. Eina lebih kurang sebaya dgn mybaby cuma beza 5 bln ja.. Kejadian berlaku di Lake Toba, Medan Indonesia. Kadang2 terdetik rasa takut di hati ini krn lagi 2 minggu blh kami nk ke Indonesia juga tapi ke Bandung & Jakarta. Mudah-mudahan Allah s.w.t pelihara kami sekeluarga sepanjang keberadaan kami di sana... aminnn....
~ gambar hiasan
berikut adalah cerita yang di sampaikan oleh paksu menerusi email FB :

"Terima kasih Nut (gelaranku)..
Maaf lah..kami pun Xsempat bgtau sesapa. MaPa & Abe Sir yg mklumkn mane yg sempat. FB pun br access arini. Kejadian berlaku di Lake Toba sewaktu kami bercuti ke Medan bersama keluarga & rakan. Eina terjatuh dari Gazebo tmpat kami nk makan malam. Kami tiba di Lake Toba pada hari ke-2, jam 5.30pm. Peristiwa hitam itu berlaku sekelip mata, jam 9.00pm...

wajah baby Eina ketika kecil
Allah lebih menyayangi Almarhum Eina. Dia menghembuskan nafas terakhir jam 12.50am setelah setengah jam tiba di Hospital Siantar yang mengambil masa tidak kurang 1 jam setengah untuk sampai ke situ dari Pulau Samosir. Kami terpaksa tempoh pelbagai cabaran termasuk naik feri & ambulan (chartered) sebelum tiba di hospital tersebut dgn layanan Xseberapa oleh Dr di situ.

Namun, di atas berkat dua keluarga & sahabat, Almarhum selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Kota Bharu dalm tempoh kurang 23 jam...Alhamdulillah"

Sedih sangat.. x dapat bayangkan situasi jika aku berada di tempat mereka.. ye la kan mesti teroma bila melihat anak jatuh depan mata... kuatnya dugaan yg perlu mereka hadapi... Seperti kata husbandku "Dari satu sudut, paksu & maksu bertuah kerana dah gerenti seorg anak paksu & maksu di dalam syurga, menanti Ayah dan Ibunya disana".
Berita terbaru aku dapat tahu kakaknya kini masuk wad akibat demam panas myb rindukan adik bongsunya tambahan pula mereka melihat kejadian itu... sebenarnya paksu ku ni ada 3 orang anak termasuk Eina. Anak first girl & kedua boy (spt dlm gambar).
kakak & abg Eina
paksu & maksu
Alhamdulillah paksu & maksu masih ada 2 cahaya mata yang comel ini (spt gmbr di atas) sebagai penyeri keluarga.. Alhamdulillah juga sekurang-kurangnya maksu dapat memberi susu ibu sepenuhnya pada Eina & dapat merasa menjaga Eina sehingga setahun sebulan. Ikin faham situasi yang dialami... berat telinga mendengar berat lagi bahu memikul. Apatah lagi bila bila mata yang memandang mungkin air mata ini tidak tertahan lagi untuk disembunyikan. Insyaallah bila kami ke Johor nanti kami pasti akan melawat paksu & maksu sekeluarga. Jaga diri & anak baik2 semoga Eisya cepat sembuh... "Ya allah... engkau permudahkanllah segala kesulitan yang dialami oleh keluarga paksu ku ini.... aminn..yarobbal'alaminn"....


Sekian....

No comments:

get this widget here

Adik Emron

Lilypie Breastfeeding tickers

Ezqel

Lilypie Fourth Birthday tickers

Emron

Lilypie Second Birthday tickers