Followers

Tuesday, November 30, 2010

1st Birthday My Little Boy



Selamat Hari Kelahiran yg PERTAMA Sayang (Muhammad Ezqel Eskandar)... maaf Ummie & Ayah x buat Birthday Party tapi kami hadiahkan satu Majlis Doa Selamat untukmu Sayang.... Langkah pertama ini bermulanya perjalananmu sebagai seorang insan dan ummie serta ayah bertanggungjawab mencorakmu sayang. Kami akan membimbing & mencorakmu dengan corak yang paling 'indah' Insyaallah... Ummie & Ayah mahu engkau selamat di dunia & di akhirat anakku.... tiada apa yang kami pinda dari mu Sayang... tapi kami hanya pinta agar engkau menjadi anak yang soleh & sentiasa mendoakan kesejahteraan ummie & ayah bila kami menutup mata nanti hanya itu sahaja harta yang kami ada selain amal kami untuk meniringi kami ke 'sana' nanti.... semoga engkau tabah mengharungi arus dunia kerana ia terlalu mencabar bagi ummie sayang.... sebanyak mana dugaan yang diterima hanya satu sahaja perlu kita ingat bhw Allah sayang kita oleh itu dia menguji kita dgn pelbagai dugaan. Orang kata bila kita ke hadapan jangan pandang ke belakang tapi ummie suruh kamu pandang ke belakang bila kamu berada di barasan hadapan agar kamu boleh membimbing mereka turut serta kehadapan bersama kamu sayang. Cuma kamu tidak perlu mengundur ke belakang bersama 'mereka' kerana ia boleh menyesatkan kamu.

Sekian pesanan dari Ummie di hari pertama kelahiranmu sayang.
~Ummie & ayah amat menyayangi Muhammad Ezqel Eskandar~

~Terima kasih ya allah atas kurniaan mu ini - alhamdulillh~

No comments:

get this widget here

Adik Emron

Lilypie Breastfeeding tickers

Ezqel

Lilypie Fourth Birthday tickers

Emron

Lilypie Second Birthday tickers