Followers

Monday, June 9, 2008

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yg beriman, yg hatinya disalut rasa takwa kepada Allah yg jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam yg sentiasa haus dengan ilmu yg sentiasa dahaga akan pahala, yg solatnya adalah maruah dirinya, yg tidak pernah takut untuk berkata benar, yg tidak pernah gentar untuk melawan nafsu, yg sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya, yg tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya, yg tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya, yg sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya, yg penyayang, yg mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh, Lelaki idaman saya adalah lelaki, yg menghormati ibunya yg sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga, yg bakal menjaga kerukunan rumahtangga, yg akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam, Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah yg boleh diajak berbincang dan berbicara, yg sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati, yg baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat, yg mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian Lelaki idaman saya adalah lelaki Yang tidak terpesona dengan buaian dunia Kerana dia mengimpikan syurga Di situlah rumah idamannya Dan dia ingin membawa saya bersama Dialah lelaki idaman saya........ ~astika~@>:------

No comments:

get this widget here

Adik Emron

Lilypie Breastfeeding tickers

Ezqel

Lilypie Fourth Birthday tickers

Emron

Lilypie Second Birthday tickers