Alhamdulillah.... setelah 3 tahun berlalu akhirnya aku dapat juga beraya di kg. kuThailand. Rindu sgt pada nenek ku yg sorang tu... selepas ni bila lagi kita dapat berjumpa lagi (feeling Sad). Menitis air mata di saat perpisahan... dalam hati aku sering berkata adakah ini pertemuan terakhir? aku berharap sgt semoga dapat berjumpa lagi nenek di hari2 mendatang. Dia satu-satunya nenek yang aku ada.
Memandangkan di sana sedang bergolak amat sukar untuk sering berkunjung ke sana. Selang sehari kami pulang ke Malaysia rumah mak teh aku bergegar kesan dari Bom meletup entah dari mana.
Sebenarnya apa yg aku dgr dari cerita2 orang kampung di sana perbernontakan berlaku bukan disebabkan pergaduhan antara agama tp dari golongan pengedar dadah. Almaklumlah Golok tu sarang pengedar & pembekal dadah. Aku dimaklumkan juga Taksin Chinawat
ketika itu PM Thailand telah mengarahkan tenteranya/polis menangkap otai2 dadah bawa ke Bangkok lalu menembak sampai mati. Justeru, pemberontakan & kacau bilau berlaku di selatan Thailand. Wallahhualam... jika benar sangat simpatai kepada insan2 yang tidak bersalah terkorban.
ini antara koleksi Lebaran kami di sana :
Beraya di rumah Tok Su (Kg. Bukit)
Buah Durian sekilo RM1.50 fresh dari kebun baru luquh dr pokok sgt lemak n sedap...
murah gilooooo......
Beraya di rumah Pok Su di AiSatia
Pantai Narathiwat
Upin Iping tgh tido jgn bising.... / Duit raya anak2
Selamat Hari Raya kepada semua followers aku
Maaf Zahir Batin
Sekian...
No comments:
Post a Comment